Kerjaya Daler Yusuf

Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih bahasa Melayu. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk Maxis, Samsung, dan Baskin-Robbins. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.[4][5]

Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala beliau memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Nelydia Senrose dalam Encik Suami Mat Salih Celup yang disiarkan di Slot Dahlia TV3.[6] Beliau berlakon dalam drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.

Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.